Waris saudara berhak membuat pengeluaran sebanyak RM2500.00 dari akaun KWSP saudara jika saudara meninggal dunia. Saudara patut beritahu kepada isteri saudara, ibu bapa atau waris saudara akan perkara ini. Ini bukan lah bantuan KWSP tetapi lebih kepada hak pengeluaran oleh waris.

Pengeluaran ini layak dibuat oleh waris anda selagi syarat-syaratnya dipatuhi.

Antara syaratnya adalah permohonan dibuat dalam masa 6 bulan selepas daripada tarikh kematian saudara & juga saudara meninggal dunia sebelum umur saudara 55 tahun.

Ada juga syarat-syarat yang lain juga. Saudara boleh bacanya disini.

Pengeluaran tersebut sedikit sebanyak dapat membantu waris dalam perbelanjaan setelah dibahagi mengikut sistem faraid.

Soalnya, adakah waris-waris anda jelas dan tahu akan perkara ini?

Jika mereka tidak tahu, menjadi tanggungjawab saudara selagi saudara hidup untuk memberitahu mereka. Saudara janganlah bertangguh kerana kematian saudara tiada siapa yang boleh duga.

credit pix : mynewshub[dot]cc

NO COMMENTS

Leave a Reply