Menjadi kebiasaan, kita disarankan untuk mendaftarkan syarikat atas daftar enterprise jika kita ingin berbisnes. Waima bisnes cupcake / durian crape di rumah pun kita disarankan untuk mendaftarkan syarikat ber’enterprise’.

Antara kelebihan perniagaan yang berdaftar enterprise ini adalah

icon-check-circle-o lebih mudah mendapat kepercayaan dan keyakinan drpd pihak yang sedang kita berurusan.

icon-check-circle membolehkan bisnes kita mempunyai akaun bank semasa atas nama syarikat kita sendiri.

icon-check-circle-o pendaftaran adalah lebih mudah berbanding sdn. bhd.

icon-check-circle pemilikan boleh dipilih samada dibuat secara perseorangan atau bersama orang lain (share partner)

 

 

ssm

 

Untuk sampai ke tempat dituju, bermula daripada langkah yang pertama.

 

 

Langkah Pertama ; download borang dulu untuk kelancaran pendaftaran nanti. Saya sharekan link nya. Download Borang SSM

Langkah Kedua ; Fikirkan nama syarikat yang ingin didaftarkan. contohnya  Rich Iman Enterprise. Nama syarikat tidak boleh ada simbol ya.

Langkah Ketiga ; Buat penghantaran borang ke pejabat SSM. Kalau di Shah Alam adalah di Plaza Alam Sentral. Senarai Cawangan SSM

Ada bayaran yer bagi pendaftaran. Setakat post ini ditulis, bayaran adalah sebanyak RM70.00 sahaja bagi tempoh 365 hari.

Jika semua lancar, anda mampu selesaikan pendaftaran dalam masa tidakk lebih 60 minit.

Membawa pen hitam berdakwat kering sendiri, diakui mampu melancarkan urusan SSM anda… 🙂

 

Setiap pendaftaran yang berjaya, akan memperoleh nombor pendaftaran syarikat. Nombor ini lah yang anda akan masukkan dalam cop mohor cop perniagaan anda nanti.

Bila sudah ada cop, bolehlah daftar akaun bank pula. Bank pula…ada yang mudah urusannya dan ada yang cerewet urusannya. Yang pastinya, yang cerewet tu lah yang banyak memudahkan urusan bisnes kita kelak.
Maksud saya…nak guna servis bank-bank yang besar ni…urusan pendaftarannya lebih lah sedikit.
Semoga anda dipermudahkan dan berjaya mendaftarkan perniagaan anda dan anda dapat membuat untung dalam perniagaan anda.
 photo credit : cbponline.org

NO COMMENTS

Leave a Reply