Menyimpan emas memang menguntungkan jika tahu caranya. Dalam post ini, saya nak kongsikan bagaimana cara simple, kita mendapatkan tunai daripada emas yang kita simpan.

Emas telah diakui ramai, adalah aset yang paling mudah ditukarkan kepada tunai.

*****

Jika anda ingin mendapatkan tunai tambahan untuk tujuan peribadi atau perniagaan, anda tidak perlulah menjual emas anda. Saya syorkan anda menggunakan kemudahan Ar-Rahnu.

Sekarang sudah banyak pihak yang menyediakan kemudahan Ar-Rahnu, kemudahan gadaian emas patuh syariah. Antaranya Ar-Rahnu Pos, Ar-Rahnu YAPEIM, Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Agro Bank, Ar-Rahnu Koperasi Tentera dan banyak lagi.

*****

Sebagai contoh yang mudah dan yang terdekat dengan anda, saya mengambil contoh Ar-Rahnu Pos. Pos Malaysia adalah salah satu cabang bisnes gergasi DRB-HICOM.

Banyak kelebihan menggunakan kemudahan Ar-Rahnu Pos. Antara yang sempat saya kongsikan :

1.  Pos Ar-Rahnu menawarkan margin pinjaman tinggi sehingga 75% dari nilai marhun.  Nilai marhun ialah nilai emas yang akan kita gadai.

2.  Kadar upah simpan yang dikenakan adalah memang berpatutan iaitu RM0.85 bagi setiap RM100 marhun.

3.  Ar-Rahnu Pos juga sedia menerima semua jenis emas.

DAN

4.  Untuk gadaian berbentuk jongkong Ar-Rahnu Pos menerima jongkong emas Pamp Suisse sehingga 100gm dan jongkong emas Public Gold dengan berat sehingga 250gm.

*****

Pesanan saya,  jika anda ingin mendapatkan tunai tambahan untuk tujuan peribadi atau perniagaan, anda memang tidak perlu menjual emas anda, cukup gunakan sahaja kemudahan Ar-Rahnu untuk kemudahan anda.

Ingat ya.

credit pix : pcworld[dot]com

SIMILAR ARTICLES

NO COMMENTS

Leave a Reply