Bila ditanya kenangan bersama mak ayah kita, setiap daripada kita mempunyai kisah yang sememangnya kita akan ingat sampai bila-bila.

Saya kongsikan semula cerita yang di share-kan dalam fb sahabat saya, tuan designer Zulhafidz Yahaya


” Dulu masa kecil dalam umur 8 ke 9 tahun, saya nak sangat makan kfc… arwah abah bawa saya pergi kfc…

gambar sekadar hiasan

Beli ayam 2 ketul ala-carte takde air, saya nak air, arwah abah kira duit tak cukup, abah cakap nanti kita datang lagi yer beli lagi… saya nangis-nangis sebab tak dapat air sekali.”

***

“Dua tahun lepas saya kerja kfc, benda yang sama jadi depan mata saya… ada seorang pakcik datang kat kaunter saya, dia cakap nak ayam 2 ketul, tak nak yang set, pakcik tu datang bawa anak dalam umur 8 tahun juga…

Budak tu mintak cheezy wedges, tapi pakcik tu tak order, pakcik tu keluarkan duit RM1.00 dari dalam poket bajunya. Dikiranya ada RM8.00… nak beli ayam ngam-ngam jer… tak cukup untuk cheezy wedges. Budak tu nangis-nangis nak juga. Pakcik tu pujuk-pujuk..saya tak tahan tengok keadaan tu.”

“Saya tak tahan tengok keadaan tu, saya terus ambik kotak dan bungkus set dinner 3 ketul ayam, saya tambah lagi seketul jadi 4 ketul, ambil coleslaw dengan kentang putar masuk sekali dengan roti, air saya bungkus 2, air pepsi dan air strawberi. Cheezy wedges pun saya bungkuskan.”

“Saya bagi kat pakcik tu set dinner dan saya bagi adik tu cheezy wedges… pakcik tu dengan muka bersalah dan malu, dia cakap “tapi saya tak cukup duit…” saya cakap dengan nada yang sangkut-sangkut,

Tak pe pakcik, saya belanja… saya halalkan. Pakcik tu cium duit dia dan ucap terima kasih banyak-banyak. Dia suruh anak dia salam saya… terus dia beredar.”

***

“Saya terus duduk menyorok bawah kaunter tu dan nangis sebab saya tak tahan tengok situasi yang sama…moga-moga anak tu balas jasa ayah dia masa akan datang… untuk set tu saya dah bayar

Saya tak makan hari tu sebab saya gunakan set makanan saya untuk tengah hari tu bagi kat pakcik tu.”

“Alhamdulillah… “

“Ada yang duduk sebelah kaunter saya masa tu yang jadi saksi saya nangis. Saya rindukan arwah abah…”

credit pix : fortune[dot]com

sumber : fb tuan Zulhafidz Yahaya

Photo by JeepersMedia

 

NO COMMENTS

Leave a Reply